Majikan disaran menerima salinan sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Perintah Pelepasan Kuarantin (RO) di MySejahtara setelah tempoh isolasi pesakit berakhir.<br /><br />Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).<br /><br />Tegasnya, pekerja boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan sekiranya ada majikan yang enggan menerima salinan tersebut.
